Thursday 17 January 2013

ORIENTEERING


Definisi

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik
kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas
yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi
mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.  Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari
harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan danpertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.






Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-

  •  Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event



Kebaikan sukan orienteering

  • Meningkatkan kecergasan fizikal
  • Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
  •  Memberi cabaran & keseronokan
  •  Membina sikap positif & keyakinan diri
  • Menggunakan persekitaran yang sihat
  •  Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
  • Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas



Terminologi & Alatan
  • Titik kawalan (control point)
  • Penanda kawalan ( control marke) (gambar)
  • Kad kawalan (control card) (gambar)
  • Peta utama
  • Landasan (course)
  • Kompas











PROSIDUR MENYERTAI ACARA

Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang memudahkan
larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan pertandingan. Jangan
berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya.8
Pendaftaran/permulaan
  1.  Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasanyang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula.
  2.  Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kadkawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan.
  3. Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertamadan seterusnya.
  4. Di garisan Penamat


  •  Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tama takan dicatatkan pada kad anda. Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.Semua peserta mesti melaporkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskanpertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yanghilang.




PERKHEMAHAN


DEFINISI PERKHEMAHAN

Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkhamehan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layar.

Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli- ahli perkhemahan dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh pohon- pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang untuk mendekati binatang dan haiwan hutan.

Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk menjelajah ke tempat yang baharu. Terdapat banyak lagi manfaat dan faedah yang boleh diperolehi melalui perkhemahan.

ALAT-ALAT PERKHEMAHAN
  • Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat
  • Plastik asal lantai khemah
  • Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran)
  • Tilam angin dan pam
  • Tikar tidur
  • Beg tidur
  • Selimut
  • Bantal
  • Pelita
  • Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak)
  • Lampu picit dan bateri ganti
  • Plastik sampah
  • Pengepit baju
  • Kit pertolongan cermas
  • Belerang
  • Parang
  • Kompas
  • Gunting
  • Pisau perkhemahan, pisau askar
  • Pemutar skru
  • "Pemula api"
  • Kayu/bahan bakar


ALAT-ALAT MEMASAK
  • Dapur perkhemahan
  • Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak)
  • Jaring bagi unggun api
  • Periuk perkhemahan dengan penutup
  • Cerek teh atau kopi
  • Kuali menggoreng
  • Penyejuk dan air batu
  • Pembuka tin
  • Pembuka bottol
  • Sudu, pisau, garpu
  • Cawan plastik, kertas atau besi
  • Pinggan plastik/kertas
  • Mangkuk
  • Sudu hidangan
  • Spatula
  • Tuala pengesat
  • Span
  • Sabun ramah persekitaran
  • Tuala kertas
  • Bekas plastik bagi menyimpan makanan


MAKANAN
  • Roti
  • Mentega kacang & jeli
  • Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman)
  • Buah-buahan
  • Makanan tin
  • Air
  • Garam, lada hitam, perasa
  • Minyak masak
  • Sos tomato, stik dl

BARANG PERSENDIRIAN
  • Tunai
  • Kad pengenalan
  • Tuala
  • Baju basahan / mandi
  • Sabun
  • Syampu
  • Berus gigi & ubat gigi
  • Selipar
  • Penghalau serangga
  • Pelindung matahari
  • Walkman & bateri, kaset / mp3 dll.
  • Peta atau panduan denai
  • Beg galas
  • Tabung air
  • Tisu tandas
  • Tisu
  • Ubat yang diperlukan
  • Baju sejuk / jaket ringan / kot tebal
  • Baju hujan
  • Topi & sarung tangan
  • Cermin mata gelap
  • Sekurang-kurangnya 2 pasang kasut

ALAT-ALAT YANG DILARANG BAWA
  • Barangan kemas
  • Radio yang kuat
  • Senjata api
  • Barang mudah pecah/rosak
  • Haiwan peliharaan






Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkhemahan





1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.


2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.



PENGENALAN IKHTIAR HIDUP



Ikhtiar hidup
Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.
Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi ikhtiar hidup.
1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
2)Ancaman binatang.
3) Masalah perlindungan.
4)lain-lain
Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup
Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

Prinsip ikhtiar hidup
Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.
Usaha – dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan  dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.
Kawalan diri – dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.
Kerjasama – jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

Persiapan.
Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu memadai kerana anda hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum melakukan aktiviti luar atau ekspedisi.
-tahap kecergasan yang mencukupi
-latihan yang perlu dilakukan
-Peralatan,bekalan dan pakaian yang sesuai,tahan dan mencukupi
-langkah-langkah keselamatan

Alat
Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.
1)      Makanan
Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.
Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.
2)      Perubatan
5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.
3)      Alat kegunaan
Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.
Antara alat-alat yang sesuai:-
-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-1 @2 batang lilin
-1 kotak mancis api/1 pemetik api
-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.
Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.
*parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang.
Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.
Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai jika perlu.

pertolongan cemas

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh
.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS

KESAKSAMAAN- Tidak membezakan antara kaum,bangsa,agama ataupun darjat.

BERKECUALI- Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik atau idealogi.

SUKARELA- Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan itu haruslah dilakukan secara sukarela.

BERKEYAKINAN- Setiap ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang sungguh yakin dan tenang semasa menghulurkan bantuan dan pertolongan.

CEPAT DAN TANGKAS- Ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan bantuan yang diberi itu haruslah cepat dan tangkas tetapi tidak gopoh.




*Kandungan dalam Peti Pertolongan Cemas:-*
1. PVC BOX (25 X 21 cm)
2. Yellow Lotion 30mL
3. Burnol Plus Antiseptic
4. Dettol Antiseptic wash 50mL
5. Medicated Oil 3mL
6. Plastic forceps
7. Elastic bandage (7.5cm x 4.5m)
8. Surgical Tape ½”
9. Plastic Strips (10pcs)
10. Foldable Scissors
11. W.O.W bandage (2.5cm x 5m)
12. W.O.W bandage (5cm x 5m)
13. W.O.W bandage (7.5cm x 4ply)
14. Cotton buds
15. Cotton wool 50gm
16. Gauze swabs (5.5cm x 4 ply) 10pcs
17. Panadol 500mg 10’s
18. Triangular bandage.